Multi System Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C) merupakan salah satu komplikasi serius yang boleh berlaku akibat jangkitan COVID-19 di kalangan kanak-kanak di mana terjadinya keradangan pelbagai organ dalaman terutamanya jantung, paru-paru, dan otak.
Walaupun ia jarang berlaku, namun MIS-C ini boleh membawa bahaya dan maut.
Di antara Jun 2020 hingga Disember 2021, 174 kes MIS-C yang dikenal pasti oleh MIS-C Malaysia Study Group.
Majoriti memerlukan rawatan kritikal di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), manakala tujuh kes (4%) telah disahkan meninggal dunia.
57% daripada kes MIS-C terjadi dalam kalangan kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.
Dikongsikan simptom MIS-C yang dikaitkan dengan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak beberapa minggu selepas dijangkiti.
Perhatikan simptom-simptom ini yang menunjukkan perlunya dirujuk kepada pakar klinikal atau dihantar ke hospital.
Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan vaksin COVID-19 untuk anak-anak yang berumur 5 hingga 11 tahun dengan segera. Vaksin Pfizer untuk kanak-kanak menggunakan formulasi yang selamat dan dos yang bersesuaian untuk kanak-kanak di lingkungan umur ini.
Flurona terbentuk apabila seseorang individu dijangkiti oleh virus influenza dan coronavirus pada masa yang sama.
Langkah-langkah pencegahan kendiri yang boleh diambil adalah sama dengan varian-varian lain iaitu seperti memakai pelitup muka, jaga penjarakan fizikal dan dapatkan vaksin termasuk dos penggalak.
Take 5 : Kekalkan berhubung. Eratkan rangkaian sosial yang sihat.
Luangkan masa untuk kekal berhubung dengan keluarga, sahabat, rakan kerja dan jiran.
Anda juga boleh mengatur aktiviti ramah mesra secara maya atau luangkan masa bersama haiwan peliharaan dan alam semulajadi.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.moh.gov.my/anms
Mengapakah anda harus memilih senaman berjalan?
Berdasarkan NHMS 2019, 1 daripada 4 orang dewasa di Malaysia tidak aktif secara fizikal. Amalan tidak aktif ini adalah antara faktor risiko utama untuk penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti penyakit kardiovaskular, obesiti dan diabetes.
Berjalan adalah senaman yang paling mudah, percuma dan sesuai untuk sesiapa sahaja tak kira tahap kecergasan yang sedia ada dan ia mampu memberi manfaat yang
hebat
. Senaman berjalan juga meningkatkan paras hormon endorphin yang boleh meningkatkan perasaan seseorang dan membawa perasaan yang riang. Jadikanlah senaman berjalan sebagai tabiat gaya hidup anda.
Kekalkan gaya hidup sihat dengan melakukan:
Aktiviti fizikal
Makan secara sihat dan selamat
Tidak merokok
Mengambil vaksin
Lindung diri, lindung semua
USAH LEKA
SENTIASA WADPADA
Patuhi SOP demi melindungi ahli keluarga dan insan tersayang.
JANGAN MENJANGKITI DAN JANGAN DIJANGKITI.
Tindakan ini penting untuk memutuskan rantaian COVID-19.