😷Jerebu merupakan satu fenomena yang berpunca daripada kehadiran banyak partikel kecil yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
🌫️⚠️Jerebu yang berpanjangan akan mendatangkan kesan buruk kepada orang ramai.
Oleh itu, disarankan agar orang ramai dapat mengambil beberapa tindakan untuk mengurangkan kesan buruk jerebu kepada kesihatan
 
 
 
Arthritis merujuk kepada penyakit yang mengakibatkan kesakitan, bengkak, kemerahan dan kekejangan sendi.
☑️Arthritis menunjukkan beberapa gejala yang melibatkan sendi yang perlu diberi perhatian. Penyakit radang sendi yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah pergerakan yang membataskan aktiviti harian seseorang.
Oleh itu, orang ramai disarankan untuk cakna terhadap gejala arthritis dan mendapatkan rawatan segera bagi memastikan kehidupan yang berkualiti.

⁉️ Penyakit Pneumokokal merupakan penyakit yang berpunca daripada bakteria Streptococcus pneumoniae yang boleh mengakibatkan komplikasi seperti radang paru-paru (pneumonia), jangkitan telinga tengah, jangkitan saraf tunjang dan otak serta jangkitan kuman dalam darah (sepsis).

🧒🏻👧🏻Pemberian imunisasi pneumokokal kepada kanak-kanak bertujuan mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti dalam kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun yang berpunca daripada penyakit Pneumokokal. Hal ini seterusnya dapat mengurangkan kos bagi merawat penyakit ini termasuk komplikasinya.

🥳🤝🏻Selain daripada mendapatkan suntikan vaksinasi, ibubapa dan orang awam perlu menjaga kebersihan diri dan persekitaran bagi mencegah jangkitan pneumokokal.

 

Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria dan virus.

👀Konjunktivitis boleh menular dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi barang peribadi.

✅⚠️Maka, langkah pencegahan bagi mengelakkan penyebaran jangkitan adalah penting untuk dipraktikkan kerana sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea.

Pneumokokal disebabkan oleh bakteria Streptococcus Pneumoniae.
Ia lebih cenderung menjangkiti kanak-kanak dan boleh dicegah dengan pengambilan vaksin pneumokokal.
Sumber: Portal Myhealth Kementerian Kesihatan Malaysia