Ibu bapa kepada kanak-kanak yang belum
menerima vaksin COVID 19, perlu membuat keputusan mengenai vaksinasi COVID-19 sebelum 1️⃣5️⃣ Mei 2022. Selepas tarikh ini, vaksin COVID-19 kanak-kanak jenis Comirnaty tidak lagi ditawarkan di mana-mana fasiliti kesihatan awam dan swasta di Malaysia. Manakala vaksin Coronavac pula hanya boleh diperolehi dengan bayaran di fasiliti swasta.
Walaubagaimanapun, keputusan in tidak melibatkan vaksinasi bagi kanak-kanak yang lahir pada tahun 2017 dan telah mencapai usia 5 tahun pada 15 Mei 2022. Kanak-kanak dalam kategori in boleh mendapatkan vaksinasi COVID-19 dengan mendaftar dalam aplikasi MySejahtera.
Penyakit HFMD semakin mengganas.
Dengan adanya fungsi pengesan penyakit berjangkit di dalam aplikasi MySejahtera, anda boleh
✅ Mengenal pasti kawasan berisiko tinggi
✅ Merancang perjalanan atau aktiviti
✅ Mengelak daripada mengunjungi kawasan yang mempunyai bilangan kes yang tinggi
✅ Mengambil langkah-langkah pencegahan HFMD
Keperluan untuk pembukaan semula yang selamat (Reopening safely)
➡️ Kawalan berterusan terhadap virus
➡️ Perlindungan berterusan untuk golongan rentan
➡️ Sistem kesihatan yang kukuh untuk merawat mereka yang mendapat penyakit yang teruk
Dalam fasa peralihan ke endemik, individu dan masyarakat bertanggungjawab untuk melaksanakan
✅ Lakukan ujian kendiri COVID-19 dan asingkan diri jika bergejala
✅ Amalkan TRIIS
✅ Jaga kebajikan dan kesihatan golongan rentan dalam masyarakat