"Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna."
Sentiasa waspada dengan taktik licik β€˜scammer’. Always double triple check okay?
πŸ“ž Sekiranya anda telah menjadi mangsa scam, laporkan segera kepada pihak polis atau rujuk kepada Pusat Respons Scam Negara (NSRC) di talian 997.
Mari bersama banteras scam!
 
Penghasilan telefon pintar memberi kesan besar kepada alam sekitar ❗
Tanpa kita sedar, proses perlombongan mineral dan logam serta penggunaan bahan api fosil semasa proses pengeluaran telefon pintar memberi kesan buruk kepada alam sekitar. πŸ“ˆπŸ”₯
Kurangkan kesan ini dengan menggunakan telefon pintar anda selama mungkin dan kitar semula e-waste dengan cara yang betul.
Bersama membina masa hadapan lestari.
 
SILA AMBIL PERHATIAN ☝🏻
Orang ramai diingatkan untuk sentiasa berwaspada dengan panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pegawai MCMC.
πŸ“ž Sekiranya anda telah menjadi mangsa scam, laporkan segera kepada pihak polis atau rujuk kepada Pusat Respons Scam Negara (NSRC) di talian 997.
 
Mari bersama banteras scam!
 

Saban tahun jenayah penipuan siber atau scam menunjukkan trend yang semakin membimbangkan dan hampir setiap hari ada sahaja kes mangsa ditipu melalui panggilan telefon atau media sosial.

MCMC menasihati orang ramai agar kekal tenang dan jangan panik sekiranya anda menerima panggilan yang mencurigakan. Jangan klik pautan yang mencurigakan serta jangan sesekali mendedahkan maklumat peribadi anda. Terus putuskan panggilan.

πŸ“ž Hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 dengan segera sekiranya anda menjadi mangsa scam agar tindakan dapat diambil oleh pihak berkuasa.