PERKHIDMATAN BAS AWAM DARI BATU KIKIR, SIMPANG PERTANG DAN SIMPANG PELANGAI
Perkhidmatan bas awam dari Batu Kikir, Simpang Pertang, Simpang Pelangai telah bermula. Perkidmatan Bas awam ni memudahkan penduduk Kampung Simpang Pelangai untuk ke Bandar Negeri Sembilan.Berikut adalah jadual perjalanan Bas Awam dan jadual tersebut memudahkan penduduk kampung untuk melihat waktu perjalanan bas.
KEMUDAHAN
Memendekkan Perjalanan
Seluruh penduduk sekitar Bentong bakal menikmati manfaat apabila jalan Simpang Pelangai, Bentong ke Kuala Krai, Kelantan bakal dibina tidak lama lagi selepas proses pengambilalihan tanah penduduk terlibat dengan projek berkenaan selesai. Menurut Pengurus Besar Kanan Projek Jabatan Kerja Raya, Noor Azman Yusoff, projek yang dikenali sebagai Central Spine Road (CSR) bernilai RM5 bilion itu kini sedang dalam perbincangan antara pihak berkuasa dan penduduk tempatan. Jabatan Kerja Raya (JKR) telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya dalam menyediakan reka bentuk jalan melalui juru perunding mereka yang memiliki kepakaran dalam bidang itu. Menurut beliau, Projek jalan CSR sepanjang 390 kilometer yang diletakkan di bawah Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) tersebut akan dibina dalam lima pakej dan apabila siap, laluan tersebut akan memiliki empat lorong.
Menurut Noor Azman, perjalanan antara Bentong ke Kuala Krai kelak hanya mengambil masa selama empat jam berbanding lima jam pada masa sekarang. Manakala dari Bentong ke Gua Musang pula hanya memerlukan perjalanan selama dua jam. Ia juga akan mempercepatkan perjalanan dari arah Selatan termasuk Kuala Lumpur ke Kelantan malah mengurangkan kesesakan trafik terutama pada musim perayaan. Sementara itu, beberapa simpang bertingkat serta jalan susur keluar akan turut dibina. Pembukaan jalan yang menjadi impian penduduk sejak sekian lama itu diharapkan bakal memberi kemudahan perhubungan kepada orang ramai dan mengubah wajah kegiatan sosioekonomi kawasan sekitar. Bahkan dapat merapatkan integrasi penduduk di kawasan berkenaan selain merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi.
CSR Hubungkan Kuala Krai, Kelantan Dengan Bentong, Pahang Dijangka Siap Akhir RMK-11
LIPIS, 15 Dis (Bernama) -- Projek Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) yang menghubungkan Kuala Krai, Kelantan dengan Bentong, Pahang dijangka dapat disiapkan sepenuhnya menjelang akhir Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) iaitu pada tahun 2020.Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata projek yang dilaksanakan secara berperingkat bermula dari Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) dengan kos keseluruhan RM6.6 bilion."Hampir 40 peratus pembinaan kini telah siap manakala 60 peratus lagi dalam peringkat pelaksanaan," katanya selepas merasmikan pembukaan jajaran CSR, Seksyen 3H (Skop Tambahan) dari Kampung Kechur ke Kampung Seberang Jelai di sini hari ini.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Negeri Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak dan Ketua Pengarah Kerja Raya (JKR) Datuk Dr Roslan Md Taha.Antara keutamaan pelaksanaan termasuklah sepanjang jajaran dari Mentara ke Ke Kampung Seberang Jelai, Lipis sepanjang 61.15 km dan Bentong Bypass, Pahang sepanjang 28.5 km dengan kos yang diluluskan RM2 billion.Projek CSR yang merupakan laluan alternatif melibatkan pembinaan jalan raya sepanjang 350 km bermula dari Kuala Krai ke Simpang Pelangai dengan pembinaan dibahagikan kepada enam pakej utama.Pakej 1: melibatkan pembinaan jalan dari Kuala Krai ke Jambatan Sungai Lakit, Kelantan (47 km); Pakej 2: Jabatan Sungai Lakit ke Gua Musang (59 km); Pakej 3: Gua Musang ke Kampung Relong, Kuala Lipis (92.5 km); Pakej 4: Kampung Relong, Kuala Lipis ke Raub (50 km): Pakej 5: Raub ke Bentong (54 km) dan Pakej 6: Bentong ke Simpang Pelangai (47.5 km).Projek berimpak tinggi ini merupakan sebahagian daripada keutamaan kerajaan untuk menyediakan infrastruktur bermutu tinggi terutama di Pantai Timur dan sekaligus menjadi pemangkin pembangunan ekonomi di sepanjang Koridor Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).Jajaran CSR, Seksyen 3H (Skop Tambahan) yang dibina dari Kampung Kechur ke Kampung Seberang Jelai melibatkan pembinaan jalan sepanjang 3.85 km dengan kos RM59.5 juta.Seksyen tersebut antara lain melibatkan pembinaan jalan empat lorong dua hala sepanjang 3.85 km iaitu 3.05 km menggunakan teknologi "Continuously Reinforced Concrete Pavement" (CRCP) dan sebuah jambatan.Penggunaan teknologi CRCP di Seksyen 3H itu merupakan yang kedua di negara ini selepas projek pertama Lebuhraya Utara Selatan (Bahagian Perak) pada 1990.-- BERNAMA