Tips Tingkatkan Kesihatan Sistem Pencernaan Anda
1.Teruskan mengunyah
Satu tips yang mudah namun memberikan kesan yang besar kepada sistem pencernaan anda ialah dengan mengunyah. Perbuatan mengunyah sering kali dipandang dengan sebelah mata, namun ia sangatlah penting bagi proses pencernaan yang baik. Lebih banyak anda mengunyah di dalam mulut, lebih sedikit kerja yang diperlukan selepas itu. Otak anda juga memerlukan sedikit masa untuk menerima isyarat bahawa anda sudah kenyang, jadi ambil masa untuk mengunyah kita-kira 20 hingga 30 kali sebelum menelan makanan anda. Berikan perut anda untuk bersedia sebelum menerima makanan yang akan masuk ke dalamnya.
2.Banyak makan serat
Adalah penting untuk anda mengambil serat bagi membolehkan makanan terus bergerak melalui usus dengan lancar. Terdapat dua jenis serat – serat larut dan serat tak larut. Serat larut seperti sayur-sayuran dan bijirin akan menyerap air daripada tinja supaya ia tidak menjadi terlalu cair. Serat tak larut membantu menjadikan tinja lebih berketul-ketul. Dengan memadankan makanan yang berlemak dengan serat, tubuh badan anda akan mampu untuk memecahkian makanan berlemak yang mana kebiasaannya tidak dapat dicerna dengan mudah.
3.Minum air
Tambahkan lebih banyak air dalam diet anda yang akan membantu proses pencernaan dengan melarutkan lemak dan lemak terlarut – ini akan membantu makanan untuk melepasi usus anda dengan mudah. Cara ini merupakan cara yang mudah namun memberikan kesan yang besar. Hal ini adalah disebabkan oleh, terlalu sedikit air dalam badan akan menyebabkan tinja menjadi keras dan sukar untuk melalui kolon.
4. Senaman
Gerakkan tubuh badan anda dengan cara berjalan atau berjoging, mengangkat beban ataupun melakukan senaman yoga. Cara ini akan membolehkan makanan anda digerakkan melalui sistem pencernaan serta merangsang otot-otot saluran tersebut. Perkara ini penting disebabkan oleh dinding kolon anda perlu untuk mengecut apabila tinja melaluinya dan dengan cara bersenam, ia akan menguatkan otot tersebut.
5.Mengurangkan tekanan
Rasa tertekan atau resah boleh menyebabkan sistem pencernaan anda terjejas disebabkan oleh otak dan sistem pencernaan tersebut saling berhubung. Tekanan boleh menyebabkan masalah pencernaan seperti sindrom perut luka serta ulser. Bagi mengawal masalah seperti ini, anda boleh cuba senaman yang menenangkan seperti bernafas dalam-dalam, bermeditasi ataupun berdoa.
6.Makan makanan suam
Limpa akan menjadi aktif bekerja dalam suasana yang suam. Hal ini disebabkan oleh enzim pencernaan kita memerlukan keadaan suam bagi memecahkan makanan dengan baik. Keadaan makanan dan minuman yang terlalu sejuk akan boleh menyebabkan fungsi limpa akan terganggu. Jadi, makan makanan yang suam akan lebih mudah untuk dihadam. Sertakan sup, sayur-sayuran yang dimasak atau teh ke dalam diet pemakanan anda.
7. Berhenti merokok
Merokok boleh memberikan kesan negatif kepada sistem pencernaan anda disebabkan oleh ia akan melamahkan injap yang berada di hujung esofagus dan akhirnya akan menyebabkan refluks asid serta pedih ulu hati. Merokok juga akan meningkatkan risiko kanser perut.
8.Pengurangan berat badan
Penambahan berat badan sebanyak beberapa paun pun sudah cukup untuk menyebabkan masalah pencernaan. Hal ini adalah disebabakan oleh, injap yang terletak di antara perut dan esofagus kadang kala tidak ditutup dengan baik sehingga menyebabkan asid perut untuk kembali masuk semula ke dalam esofagus semula. Dengan cara pengurangan berat badan, anda seolah-olah mengurangkan tekanan dan membenarkan sistem pencernaan anda berjalan dengan baik.
9.Cuba probiotik
Selain daripada serat, satu perkara yang anda tidak boleh lupakan daripada diet anda ialah probiotik yang mana sangat berguna kepada sistem imun kita. Probiotik akan bersaing dengan bakteria jahat dan dalam masa yang sama memberikan perlindungan antibodi kepada kita serta membebaskan probiotik semula jadi dalam laluan pencernaan. Kajian telah mendapati bahawa probiotik boleh mencegah alahan dan jangkitan serta penyakit yang melibatkan perut. Susu kultur merupakan salah satu sumber probiotik yang terbaik. Anda juga boleh cuba kubis jeruk dan tempe.
TIPS UNTUK KESIHATAN YANG BAIK SEPANJANG BULAN RAMADHAN
STROK HABA
Berikut merupakan tanda-tanda strok haba. Dapatkan rawatan segara sekiranya anda mengalami gejala strok haba.
DEMAM DENGGI
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi?
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:
- Demam panas
- Sakit kepala
- Sakit tulang belakang
- Sakit sendi-sendi
- Loya dan muntah-muntah
- Sakit biji mata
- Ruam
Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?
Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.
Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
- Mudah lebam
- Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
- Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut
Apakah rawatan untuk demam denggi?
Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.
Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi?
Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :
- Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
- Membuang bekas yang boleh menakung air
- Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
- Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
- Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
- Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
- Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
- Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
- Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
- Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
- Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
- Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup.
Program "Komuniti Sihat Perkasa Negara" (KOSPEN) adalah inisiatif yang telah dicetuskan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri S. Subramaniam pada Julai 2013 dalam usaha menangani masalah peningkatan bebanan Penyakit Tidak Berjangkit (Non Communicable Disease, NCD) di negara ini. Inisiatif ini merupakan satu transformasi perkhidmatan kesihatan awam dalam usaha meningkatkan mutu kesihatan rakyat Malaysia melalui pemerkasaan serta peluasan penglibatan masyarakat dalam program kesihatan awam dengan menggabungkan mekanisma kerajaan sedia ada terutamanya di peringkat akar-umbi. Pelaksanaan inisiatif ini adalah melalui pendekatan yang agresif dengan penubuhan functional units yang terdiri daripada sukarelawan dari kalangan masyarakat di seluruh Negara yang akan bertindak sebagai health agent of change. Kumpulan sukarelawan ini dikenali sebagai Pasukan Gerak Sihat Malaysia atau singkatannya GSiM.
KOSPEN fasa pertama telah mendapat sokongan daripada YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi inisiatif KOSPEN bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). KEMAS dipilih mejadi agensi pertama di dalam melaksanakan kolaborasi ini kerana KEMAS merupakan agensi yang berhubung rapat dengan masyarakat di peringkat akar umbi. KOSPEN telah dilaksanakan secara rintis di Segamat, Johor mulai Oktober 2013. Majlis Pelancaran KOSPEN KEMAS Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 13 Februari 2014 di Segamat, Johor dan dirasmikan bersama oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia dan YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Satu nota persefahaman juga telah ditandatangani ileh kedua-dua kementerian ini. Inisiatif ini akan dikembangkan dari masa ke masa dengan melibatkan lain-lain agensi di negara ini.
PROGRAM KITA SIHAT KITA MESRA
Kelab Akedemik Memperkasakan Komuniti (PEACE) telah menganjurkan Program Kita Sihat Kita Mesra, pada khamis 14 Januari 2016. Seramai 150 orang jemputan untuk memeriahkan program tersebut. Program tersebut telah mengadakan sukaneka dan ramah mesra antara kakitangan Klinik Kesihatan Simpang Pelangai dengan ahli Kelab PEACE dan Kelab Warga emas.
KESIHATAN
Program Khidmat Masyarakat Kesihatan
Program Khidmat Masyarakat merupakan aktiviti rasmi Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan dijalankan setiap tahun. Terbaru, mahasiswa UiTM Shah Alam telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dengan kerjasama Yayasan Bank Rakyat bersama penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai. Program yang berlangsung dengan jayanya di Dataran Pelangai menerima sambutan yang menggalakkan dari penduduk setempat. Pelajar Fakulti Perubatan UiTM juga membuat rawatan saringan dan kaunseling kesihatan serta memberi sedikit penerangan berhubung pendidikan kesihatan terhadap orang ramai. Hadir menyempurnakan majlis perasmian adalah Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Adnan Haji Yaakob.
Beliau turut meluangkan masa melawat gerai-gerai pameran yang dibuka pada hari itu di samping turut menjalani pemeriksaan tekanan darah beliau semasa singgah di gerai pameran pelajar perubatan berkenaan. Penduduk juga dilihat teruja dan berminat untuk mengetahui cara-cara penjagaan kesihatan yang diajar kerana ia merupakan satu ilmu baru bagi mereka semua. Adnan turut mengalu-alukan penglibatan mahasiswa dengan lebih banyak kegiatan kemasyarakatan, ekonomi, kesihatan dan politik supaya apabila tamat pengajian kelak mereka dapat menjalankan peranan serta tugas dengan lebih baik dan berkesan kepada masyarakat.