Hujung minggu mesti seronok nak jalan-jalan dan bersiar-siar bersama keluarga. Namun, sentiasa berwaspada kerana kita masih belum bebas daripada COVID-19.
Duduk di rumah adalah pilihan terbaik untuk mengurangkan risiko jangkitan dan penularan COVID-19.

Sayur dan buah-buahan memberikan kita banyak kelebihan kesihatan kepada kita kerana ia memenuhi keperluan vitamin dan mineral kepada tubuh badan.

Malah pemakanan yang betul dan seimbang dapat membantu mencegah penyakit-penyakit seperti hipertensi, cardiovaskular dan kanser.

SUMBER : KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menjalankan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2020 yang memfokuskan skop berkaitan penyakit berjangkit.

Tinjauan ini bertujuan untuk memperoleh maklumat berkaitan penyakit-penyakit berjangkit seperti Hepatitis B, Hepatitis C, Denggi, COVID-19 dan penyakit bawaan haiwan peliharaan.

Oleh itu, 7 lokasi yang akan terlibat bagi tinjauan di Negeri Pahang iaitu:

1. Perkampungan Pandan Damai, Kuantan
2. Taman Bukit Ubi, Kuantan
3. Kg Sarang Tiong, Rompin
4. Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut
5. Kg Sg Serong, Temerloh
6. Taman KSM, Bentong
7. Taman Amalina Lestari, Raub

Tinjauan ini akan bermula pada 13/9/2020 hingga 8/10/2020.

Mohon beri kerjasama kepada anggota Kesihatan semasa sesi tinjauan dijalankan.

Mengapa perlu pakai penutup mulut dan hidung dengan betul?

Pemakaian penutup mulut dan hidung yang betul dapat mencegah penularan jangkitan COVID-19 (iaitu dengan menutup keseluruhan mulut dan hidung, bukan mulut sahaja).

-Individu yang telah dijangkiti COVID-19 dapat menyebarkan kuman kepada individu lain melalui mulut dan hidung apabila individu tersebut bersin atau batuk.

-Apabila kita bernafas, secara tidak langsung individu yang sihat boleh dijangkiti melalui titisan dari hidung atau mulut yang tersebar daripada individu yang dijangkiti COVID-19 yang batuk atau bersin.

-Jika kita memakai penutup mulut dan hidung dengan sempurna, kita dapat mengelak dijangkiti COVID-19.