Mengapakah anda harus memilih senaman berjalan?
Berdasarkan NHMS 2019, 1 daripada 4 orang dewasa di Malaysia tidak aktif secara fizikal. Amalan tidak aktif ini adalah antara faktor risiko utama untuk penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti penyakit kardiovaskular, obesiti dan diabetes.
Berjalan adalah senaman yang paling mudah, percuma dan sesuai untuk sesiapa sahaja tak kira tahap kecergasan yang sedia ada dan ia mampu memberi manfaat yang
hebat
. Senaman berjalan juga meningkatkan paras hormon endorphin yang boleh meningkatkan perasaan seseorang dan membawa perasaan yang riang.
Jadikanlah senaman berjalan sebagai tabiat gaya hidup anda.