PERTANDINGAN DASHBOARD KOMUNITI 2018
MAKLUMAT AM
Bersempadan Dengan Negeri Sembilan
Kampung Simpang Pelangai ialah sebuah kampung yang sangat istimewa kerana lokasinya yang bersempadan antara Negeri Pahang dan Negeri Sembilan. Lantaran itu, ramai pengunjung bertandang ke kampung ini melalui jalan lama Karak-Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ketika melalui lebuh raya ini pengunjung pasti akan terpukau dek kehijauan tanaman yang mendamaikan sepanjang perjalanan ke sini. Selain itu, kepelbagaian reka bentuk rumah kampung dan pekan-pekan kecil pasti membuatkan pengunjung terpukau. Apabila tiba di kampung ini, pengunjung pasti menerima layanan mesra daripada penduduk kampung. Sikap peramah dan murah dengan senyuman menjadikan pengunjung selesa berada di sini. Selain sikap peramah, kebanyakan penduduknya ringan tulang dan gemar melakukan pelbagai pekerjaan atau bergiat dalam aktiviti sosial. Di bidang pekerjaan, ramai penduduk menoreh getah di samping menternak lembu dan kambing. Sebahagian kecilnya pula berniaga kecil-kecilan bagi memperoleh pendapatan sampingan.
Selain itu, penduduk di sini menerima kemudahan seperti jalan raya berturap yang disediakan oleh kerajaan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR). Sistem perhubungan yang semakin meluas ini memudahkan dan memberi keselesaan kepada penduduk kampung.