TAHUKAH ANDA?
Jika anda mempunyai mana-mana tanda seperti berikut:
-Demam
-Sakit kepala
-Hidung tersumbat
-Selesema
-Sakit tekak
-Muntah atau loya
-Menggigil
-Kelesuan
-Kejang otot
-Cirit birit
-Batuk
-Sesak nafas
-Sukar bernafas
-Tiba-tiba hilang deria bau
-Tiba-tiba hilang deria rasa
Apa yang patut anda lakukan?
- Segera dapatkan rawatan.
- Duduk di rumah.
- Kuarantin sendiri.
- Minimakan pendedahan kepada orang lain sepanjang tempoh bergejala.
Kita jaga kita. Kita jaga keluarga kita. Kita jaga komuniti kita.
Sentiasa amalkan norma baharu dalam kehidupan dengan pakai pelitup muka (facemask), patuhi penjarakan fizikal yang selamat iaitu 1 meter antara individu, kerap disinfeksi permukaan yang kerap disentuh, kerap basuh tangan dengan air dan sabun atau guna 'hand sanitizer', duduk di rumah jika tiada urusan penting di luar serta segera dapatkan rawatan jika bergejala.
JANGAN MENJANGKITI & JANGAN DIJANGKITI.
PUTUSKAN RANTAIAN COVID-19
𝐊𝐄𝐍𝐀𝐏𝐀 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃-𝟏𝟗 𝐌𝐄𝐑𝐄𝐁𝐀𝐊 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐏𝐀𝐓?
3 sebab utama kenapa COVID-19 merebak dengan cepat. Jangan lakukan 3 kesalahan ini.
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Sebelum vaksin didaftarkan, ia perlu dipastikan selamat, berkualiti dan berkesan serta mematuhi keperluan regulatori, piawaian dan garis panduan antarabangsa.
Proses pendaftaran vaksin :
Permohonan disaring
Penerimaan pendaftaran
Penilaian produk
Penilaian dibentang ke jawatankuasa penilaian produk Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)
Produk dibentangkan ke pihak berkuasa kawalan dadah
Penjanaan nombor pendaftaran