2 1/2 cawan santan cair (1 santan kotak & 1 1/2 cawan air)
Sedikit minyak masak (esp klu guna santan kotak)
Cara cara:
1. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan dalam 20 minit atau sehingga masak .
2. Minyakkan sikit loyang lain dan tekankan pulut yang telah masak tadi. Atau boleh juga menggunakan loyang yang sama.
3. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Nota: santan perlu dikurangkan supaya pulut tidak terlalu lembut.
Lapisan Atas
1 cawan gula tebu/perang (saya guna gula kaster jer)
1 cawan durian
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung atau tepung kastad
1 s/b gula pasir
1 s/k garam
Pewarna kuning (jika suka)
Caranya
1. Masukkan santan, gula, garam dan durian dalam blender dan kisarkan.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk.
3. Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung atau tepung kastad kedalam mangkuk santan.
4. Masukkan pewarna. Kacau rata.
5. Panaskan bahan lapisan bawah dalam kuali non-stik [jika ada] sebentar. Saya terus tuang atas lapisan pulut tanpa dipanaskan terlebih dahulu
6. Tuangkan adunan ke atas pulut dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana.
7. Bila telah masak, sejukkan betul betul [dalam 4 -5 jam] baru dipotong menggunakan pisau plastik dan dihidangkan.
Jom kita tengok langkah demi langkah yang saya buat hari ini:
Pulut dikukus dengan santan yang telah dimasukkan garam. Saya hanya guna 1 kotak santan sahaja, yang lain tambah air. Masukkan sedikit minyak masak sebab santan kotak tak berminyak, kalau tak mahu pun tak apa.
- 1/2 Cawan Gula Kastor
- 1 biji Telur Gred A
- 1 cawan santan
- 1 cawan tepung gandum
Bahan Bahagian Luar (Warna Hijau)
- 1/2 cawan santan pekat
- 1/2 cawan air pandan
- 1/4 cawan gula kastor
- 1/4 cawan tepung jagung
- secubit garam
- perisa kelapa pandan emulco
- pewarna hijau
Bahan Inti
- 1 cawan santan pekat
- 1 sb tepung gandum
- 1/2 st garam
- Pukul telur hingga kembang.
- Dalam bekas berasingan, satukan gula, tepung gandum dan santan.Kacaukan.
- Tuangkan campuran tepung ke dalam telur dan kacau sehingga sebati.
Cara Penyediaan Bahagian Luar (Warna Hijau)
- Ambil 6 helai daun pandan dan kisar bersama setengah cawan air. Kemudian tapiskan.
- Campurkan air pandan tadi bersama dengan gula, santan, tepung jagung, garam, pandan emulco dan pewarna hijau.
- Kacau sehingga tiada tepung yang berketul.
- Kemudian masak campuran ini sehingga kelihatan berkilat.
- Satukan Adunan Bahan A dan Bahagian Luar (Warna Hijau)
Cara Penyediaan Bahan Inti
- Satukan kesemua bahan inti dan masakkan sehingga menjadi likat.
- Apabila sudah masak, biarkan suam kemudian masukkan ke dalam piping bag.
Cara Penyediaan Kuih Nona Manis Secara Keseluruhan
- Sediakan periuk kukus dan kukus air sehingga periuk panas.
- Tuangkan Adunan yang berwarna hijau tadi memenuhi 3/4 acuan kuih lompang.
- Masukkan adunan untuk inti yang telah dimasukkan ke dalam piping bag tadi ditengah-tengah acuan.
- Balut periuk kukus dengan kain supaya tiada air tidak menitik.
- Kukus selama 7 minit.
UNTUK TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI : PUAN LILY 0148302445
ACAR BUAH BONDA
Resepi Acar Buah Bonda
Bahan-Bahan:
1 bungkus kecil buah kana
1 bungkus buah asam manis
1 bungkus buah asam bulat
1 bungkus buah asam kuning
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
½ mangkuk kecil cili boh
1 sudu makan cuka
1 sudu teh gula merah
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa
Cara Membuat:
1. Halia dihiris, semua buah-buah asam dibasuh dan toskan airnya.
2. Bawang merah dan bawang putih dikupas kulitnya dan dipotong kecil-kecil.
3. Panaskan minyak dalam periuk setelah itu tumiskan halia, cili boh, bawang merah, bawang putih, gula dan cuka sambil dikacu hingga rata.
4. Akhir sekali masukkan buah-buahan kering, garam, gula merah dan serbuk perasa secukup rasa. Bila telah kering bolehlah diangkat.
Sekiranya berminat untuk tempahan boleh hubungi: