Mengapa perlu pakai penutup mulut dan hidung dengan betul?

Pemakaian penutup mulut dan hidung yang betul dapat mencegah penularan jangkitan COVID-19 (iaitu dengan menutup keseluruhan mulut dan hidung, bukan mulut sahaja).

-Individu yang telah dijangkiti COVID-19 dapat menyebarkan kuman kepada individu lain melalui mulut dan hidung apabila individu tersebut bersin atau batuk.

-Apabila kita bernafas, secara tidak langsung individu yang sihat boleh dijangkiti melalui titisan dari hidung atau mulut yang tersebar daripada individu yang dijangkiti COVID-19 yang batuk atau bersin.

-Jika kita memakai penutup mulut dan hidung dengan sempurna, kita dapat mengelak dijangkiti COVID-19.