PERHATIAN KEPADA IBU BAPA PENJAGA:

Kami kongsikan info Influenza A
Semoga bermanfaat

Sekarang musim Influenza A menyerang. Jika kita orang yang sihat , tiada masalah kesihatan, kebiasaannya tidak apa-apa. Tetapi bagi mereka yang ada masalah kesihatan seperti asthma, orang tua atau kanak-kanak kecil, ia boleh mendatangkan bahaya.

Influenza terbahagi 3, influenza A adalah yang lebih kuat berbanding influenza B dan C.

Virus ini berubah bentuk setiap tahun, maka digalakkan mengambil vaksin Influenza setahun sekali sebelum musimnya iaitu musim sejuk dan hujan.

Antara simptom-symptom Influenza A adalah
- demam dan menggigil
- demam tinggi yang tidak surut walaupun dengan paracetamol
- sakit kepala dan otot
- sakit tekak dan batuk
- selsema

Kanak-kanak kadangkala mengalami sakit perut, loya dan muntah.

Sila dapatkan rawatan di hospital jika ada simptom

- SESAK NAFAS
- NAFAS LAJU
- DEMAM TINGGI YANG BERPANJANGAN
- KULIT KELIHATAN KEBIRU-BIRUAN
- KANAK-KANAK TIDAK MAHU MAKAN ATAU MINUM
-BAYI DEHIDRASI KERANA KURANG MINUM (LAMPIN KERING, MENANGIS TIADA AIR MATA)

Bagi orang dewasa pula, simptom yang menunjukkan rawatan kecemasan diperlukan segera adalah:
- SAKIT DADA
- SESAK NAFAS
- KEBINGUNGAN
- MUNTAH-MUNTAH YANG BERPANJANGAN
- SELSEMA BERKURANG TETAPI DEMAM DAN BATUK DATANG SEMULA

Rawatan bagi Influenza A adalah
- rehat di rumah
- kekalkan hidrasi badan dengan minum dengan kerap
- makan jika rasa ada selera, sebaiknya makanan yang berkhasiat dan tidak terlalu berat
- ambil ubat tahan sakit yang dinasihatkan doktor

Bagaimanakah cara mengelakkan virus Influenza A merebak?

- kuarantinkan diri di rumah hingga semua simptom sembuh . Jangan ke luar ke tempat awam bagi mengelakkan virus tersebar . JANGAN MENGHANTAR ANAK-ANAK YANG SAKIT KE SEKOLAH, TASKA, TADIKA, NURSERY DAN SEBAGAINYA. KUARANTIN DI RUMAH.
- tutup mulut ketika bersin dan batuk
- cuci tangan dengan kerap
- jika anda petugas kesihatan, pastikan anda menukar pakaian sebelum memegang anak-anak kecil anda apabila pulang dari hospital
- galakkan anak-anak yang sudah bersekolah untuk terus mandi dan menukar pakaian apabila pulang dari sekolah , terutamanya jika ada anak yang lebih kecil di rumah.

Komplikasi Influenza A seperti jangkitan paru-paru (pneumonia) boleh berlaku kepada golongan berisiko tinggi seperti:
- bayi
- kanak-kanak kecil
- warga emas
- wanita hamil
- pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis dan sakit jantung .