Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria dan virus.

👀Konjunktivitis boleh menular dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi barang peribadi.

✅⚠️Maka, langkah pencegahan bagi mengelakkan penyebaran jangkitan adalah penting untuk dipraktikkan kerana sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea.