HENTIKAN! TINGGAL ANAK KECIL SENDIRIAN DALAM KENDERAAN
Kecuaian individu meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan tanpa pengawasan adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Jika disabitkan kesalahan, akan didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.
Sentiasa peka dan prihatin pada setiap masa. Sekiranya anda ragu, sila buat pengesahan dengan pihak berkuasa.
Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa scam.
SPAM SMS adalah mesej pengiklanan yang dihantar kepada pengguna di dalam kuantiti yang banyak.
Jika anda adalah salah satu mangsa SPAM SMS, klik bio kami atau layari https://consumerinfo.my/ways-stop-sms-spam/ untuk ketahui cara-cara menghentikannya!
Jika bergejala jangan tangguh untuk dapatkan rawatan. Tindakan ini penting untuk mengelakkan wujud Kluster baru dan mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.
Bantu kami untuk pastikan anda selamat daripada COVID-19.
Sentiasa patuh kepada Prosedur Standard Operasi (SOP) yang ditetapkan dan amalkan norma baharu dalam usaha mencegah penularan jangkitan COVID-19 melalui amalan penjarakan fizikal yang selamat (physical distancing) iaitu sekurang-kurangnya 1 meter antara individu, kerap menjaga kebersihan tangan dengan mencuci tangan dengan air dan sabun atau guna 'hand sanitizer', pemakaian alat pelitup muka (facemask) dengan betul dan sempurna, elak sembang dekat-dekat, elak bersalaman atau bersentuhan, disinfeksi permukaan yang kerap disentuh, jika bergejala atau tidak sihat dan segera dapatkan rawatan di klinik kesihatan atau hospital berhampiran.
Hanya dengan kerjasama semua lapisan dan peringkat masyarakat kita dapat sama-sama memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
BERSAMA-SAMA KITA PUTUSKAN RANTAIAN JANGKITAN COVID-19.
Kita perlu bijak buat keputusan. Lindungi golongan berisiko terutamanya ibu bapa.
Norma baharu kehidupan perlu menjadi kebiasaan di mana sahaja kita berada selagi virus COVID-19 ada dalam komuniti kita.
Kita perlu bijak membuat keputusan terutamanya apabila berjumpa atau berurusan dengan individu yang tidak tinggal serumah.
Lindungi golongan yang berisiko terutamanya ibu bapa. Jika sayangkan ibu bapa ikut saranan yang diberikan dan patuh SOP yang ditetapkan supaya ibu bapa kita tidak menjadi mangsa COVID-19 yang seterusnya.
JANGAN MENJANGKITI & JANGAN DIJANGKITI.