Jika bergejala jangan tangguh untuk dapatkan rawatan. Tindakan ini penting untuk mengelakkan wujud Kluster baru dan mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.
Bantu kami untuk pastikan anda selamat daripada COVID-19.
Sentiasa patuh kepada Prosedur Standard Operasi (SOP) yang ditetapkan dan amalkan norma baharu dalam usaha mencegah penularan jangkitan COVID-19 melalui amalan penjarakan fizikal yang selamat (physical distancing) iaitu sekurang-kurangnya 1 meter antara individu, kerap menjaga kebersihan tangan dengan mencuci tangan dengan air dan sabun atau guna 'hand sanitizer', pemakaian alat pelitup muka (facemask) dengan betul dan sempurna, elak sembang dekat-dekat, elak bersalaman atau bersentuhan, disinfeksi permukaan yang kerap disentuh, jika bergejala atau tidak sihat dan segera dapatkan rawatan di klinik kesihatan atau hospital berhampiran.
Hanya dengan kerjasama semua lapisan dan peringkat masyarakat kita dapat sama-sama memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
BERSAMA-SAMA KITA PUTUSKAN RANTAIAN JANGKITAN COVID-19.