🛑 Kita perlu bijak buat keputusan. Lindungi golongan berisiko terutamanya ibu bapa.
Norma baharu kehidupan perlu menjadi kebiasaan di mana sahaja kita berada selagi virus COVID-19 ada dalam komuniti kita.
Kita perlu bijak membuat keputusan terutamanya apabila berjumpa atau berurusan dengan individu yang tidak tinggal serumah.
Lindungi golongan yang berisiko terutamanya ibu bapa. Jika sayangkan ibu bapa ikut saranan yang diberikan dan patuh SOP yang ditetapkan supaya ibu bapa kita tidak menjadi mangsa COVID-19 yang seterusnya.
▪️JANGAN MENJANGKITI & JANGAN DIJANGKITI.