Langkah-Langkah Keselamatan Pencegahan Covid-19

LANGKAH MUDAH  KESEDARAN KESELAMATAN SIBER

LANGKAH MUDAH KESEDARAN KESELAMATAN SIBER

 

Tips Keselamatan Di Jalan Raya

Adakah anda sering kali terdengar berita tentang kemalangan di jalan raya?

Mungkin di televisyen, di radio ataupun ianya telah terjadi di depan mata anda.

Kemalangan di jalan raya sudah menjadi suatu perkara biasa yang terjadi hampir setiap hari. Pelbagai inisiatif yang telah dilakukan oleh pihak berwajib. Namun, masih ramai lagi yang tidak mengendahkan tentang usaha-usaha untuk bersikap dengan lebih cermat ketika di jalan raya. Sikap prihatin dalam setiap pengguna jalan raya amat penting.

Tips di bawah boleh dijadikan peringatan untuk kita semua supaya perkara ini lebih dititikberatkan pada masa hadapan.

Jom baca!

1. Pakai tali pinggang keledar pada setiap masa.

Ha! Mesti ada yang malas nak pakai tali pinggang keledar kan?

Jangan malas. Tali pinggang keledar ini dapat membantu anda jika terjadi sebarang kemalangan. Ia boleh mengurangkan impak daripada terhantuk dengan kuat ataupun tubuh badan beralih ke tempat yang lain. Pakai walaupun jarak destinasi yang ingin dituju itu adalah dekat. Nak pergi kedai dalam jarak 1 KM pun kena pakai tau!

2. Pakai dan ketatkan topi keledar.

Bagi penunggang motosikal & juga basikal, pastikan anda sentiasa memakai topi keledar ketika berada di jalan raya. Topi keledar akan memberi perlindungan kepada seluruh bahagian kepala anda. Dan, ketatkan tali semasa memakainya! Jangan setakat pakai, tapi talinya longgar. Nanti ia tidak memberi perlindungan yang sepenuhnya dan mungkin akan berlaku kecederaan jika terlibat dalam kemalangan.

3. Jangan pandu laju & awasi had laju.

Patuhilah had kelajuan maksimum yang telah ditetapkan. Bagi yang ingin memandu laju, sila pandu di lorong paling kanan. Ingat, sentiasa berwaspada! Jangan fikirkan jalan raya tersebut lengang dan tiada kenderaan. Mungkin ada kesesakan jalan raya di hadapannya nanti. Jika brek secara tiba-tiba, bahaya kan?

4. Guna laluan pejalan kaki apabila melintas jalan.

Bagi semua pejalan kaki, sila guna laluan pejalan kaki ataupun jejantas yang telah disediakan. Jangan melintas sesuka hati. Bahaya! Lihat kiri & kanan dulu sebelum melintas ya!

5. Guna kerusi keselamatan kanak-kanak.

Bagi pemandu yang mempunyai bayi, anda boleh letakkan bayi anda di dalam kerusi keselamatan kanak-kanak. Pastikan kerusi tersebut telah dipasang ketat. Pakaikan anak anda tali pinggang keledar di kerusi tersebut ya.

6. Jangan guna telefon bimbit semasa memandu.

Ada tak dalam kalangan anda yang suka menjawab panggilan, membalas mesej atau melayari internet & sosial media semasa memandu? Hentikan sikap buruk ini. Ia boleh membuatkan anda leka semasa memandu!

7. Jangan mengekori kenderaan lain dengan terlalu dekat.

Sila pastikan jarak kenderaan anda tidak terlalu hampir dengan kereta di hadapan atau di sisi. Ini kerana kereta anda masih berada di jarak yang selamat jika anda brek kecemasan.