Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan taktik licik 'scammer' yang menggunakan pelbagai modus operandi bagi memerangkap mangsa bagi mendapatkan wang dengan cara yang mudah.
Rujuk Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dan laporkan kepada pihak polis sekiranya anda berhadapan dengan situasi seperti ini.
AWAS! JANGAN MUDAH TERPEDAYA!
Memang seronok kalau ditawarkan pekerjaan asas yang mudah beserta gaji yang banyak, tetapi anda perlu lebih berhati-hati kerana pekerjaan yang kelihatan terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, biasanya bukan pekerjaan sebenar.
Semak dan laporkan kepada pihak penguatkuasa. hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 segera agar tindakan dapat diambil oleh pihak berkuasa.