TINDAKAN KENDIRI CEGAH COVID-19
Tindakan kendiri sangat penting dalam usaha mencegah jangkitan COVID-19.
Tanpa kerjasama semua pihak semua usaha tidak akan membuahkan hasil yang diharapkan.
Sekiranya kita perlu keluar untuk bekerja, membeli barang keperluan atau lain-lain urusan. Pastikan sentiasa patuh SOP dan amalkan norma baharu. Kita perlu bijak membuat penilaian kendiri mengikut situasi supaya kita tidak terdedah kepada risiko jangkitan COVID-19.
Bantu kami untuk pastikan anda selamat daripada COVID-19.
Sentiasa patuh kepada Prosedur Standard Operasi (SOP) yang ditetapkan dan amalkan norma baharu dalam usaha mencegah penularan jangkitan COVID-19 melalui amalan penjarakan fizikal yang selamat (physical distancing) iaitu sekurang-kurangnya 1 meter antara individu, kerap menjaga kebersihan tangan dengan mencuci tangan dengan air dan sabun atau guna 'hand sanitizer', pemakaian alat pelitup muka (facemask) dengan betul dan sempurna, elak sembang dekat-dekat, elak bersalaman atau bersentuhan, disinfeksi permukaan yang kerap disentuh, jika bergejala atau tidak sihat dan segera dapatkan rawatan di klinik kesihatan atau hospital berhampiran.
Hanya dengan kerjasama semua lapisan dan peringkat masyarakat kita dapat sama-sama memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
BERSAMA-SAMA KITA PUTUSKAN RANTAIAN JANGKITAN COVID-19.
 
Anda disahkan positif #COVID19 dan perlu menjalani kuarantin di PKRC MAEPS 2.0 tetapi tidak tahu apa yang perlu dibawa?
Berikut adalah senarai keperluan yang perlu dibawa ☑️ dan barangan yang dilarang ❌ dibawa ke PKRC 2.0.
 
Sumber: Jabaor    

 
 
 
  
SOP Operasi Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri.

Sumber 

 
 

Ikuti perkembangan semasa terkini melalui media sosial Majlis Keselamatan Negara (MKN). Dapatkan maklumat yang terkini dan sahih hanya di:
Telegram Rasmi MKN
Twitter Rasmi MKN
Terima Kasih Rakyat Malaysia kerana sentiasa bersama kami