Sentiasa peka dan sensitif dengan sebarang hantaran yang dibuat melibatkan 3R iaitu “Royalty, Religion, Race” bagi menjaga perpaduan semua lapisan masyarakat di Malaysia.
Jika anda dapati terdapat hantaran sensitif yang berunsur 3R, sila laporkan kepada kami dengan WhatsApp di talian 016-2206262 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Media sosial adalah medium untuk perkongsian maklumat dan pendapat yang terkini. Namun begitu, jangan sesekali menggunakan medium ini untuk membincangkan isu sensitif dan menjurus ke arah pergaduhan.
Jaga kesejahteraan dan keharmonian negara dengan menggunakan media sosial secara positif.
Setiap cerita, video, hantaran, gambar, dan imej yang terdapat di Internet dicipta oleh seseorang atau sesuatu organisasi. Bahan-bahan ini membawa mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang untuk mencapai matlamat mereka.
Oleh itu, sebelum kita membuat keputusan untuk mempercayai sesuatu maklumat, selidiklah dahulu.
Pastikan maklumat tersebut berdasarkan fakta dan tidak hanya pandangan peribadi pengarang atau emosi semata-mata. Namun kadang-kadang fakta pun boleh diputarbelitkan untuk nampak menyakinkan.
Agak bahaya jika maklumat tersebut membawa agenda ideologi terpesong, perpecahan dan kerosakan dalam masyarakat, dan jenayah.
Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna.
Kempen ini menggunapakai pendekatan yang memfokus kepada empati, mencetus tajuk perbualan, dan keceriaan.
Scam dalam talian semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Terdapat pelbagai jenis kes penipuan dalam talian yang dilaporkan setiap hari. Semua diingatkan supaya jangan mudah terpedaya dan sentiasa berhati-hati dengan mesej atau panggilan yang mencurigakan.
Berikut merupakan talian hotline untuk dihubungi sekiranya anda mengalami sebarang kecemasan semasa bencana banjir atau memerlukan sebarang maklumat berkenaan pengurusan banjir.
Dapatkan maklumat yang sahih dari portal rasmi seperti pusat kawalan bencana banjir dan elakkan penyebaran spekulasi dan berita yang tidak sahih tentang banjir. Tidak pasti jangan kongsi!
Semoga musibah ini cepat berlalu dan kita terpelihara dari segala bencana.