Setiap cerita, video, hantaran, gambar, dan imej yang terdapat di Internet dicipta oleh seseorang atau sesuatu organisasi. Bahan-bahan ini membawa mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang untuk mencapai matlamat mereka. ​
Oleh itu, sebelum kita membuat keputusan untuk mempercayai sesuatu maklumat, selidiklah dahulu.​
Pastikan maklumat tersebut berdasarkan fakta dan tidak hanya pandangan peribadi pengarang atau emosi semata-mata. Namun kadang-kadang fakta pun boleh diputarbelitkan untuk nampak menyakinkan.​
Agak bahaya jika maklumat tersebut membawa agenda ideologi terpesong, perpecahan dan kerosakan dalam masyarakat, dan jenayah.​
Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. ​
Kempen ini menggunapakai pendekatan yang memfokus kepada empati, mencetus tajuk perbualan, dan keceriaan.