BUKIT TINGGI, BENTONG PAHANG ANATARA PILIHAN YG MEMINATI KAWASAN TANAH TINGGI....


Ada beberapa tempat menarik di Bukit Tinggi yang unik boleh dikunjungi. Senarai dibawah ialah antara tarikan pelancongan utama:

    

1. Perkampungan bertemakan Perancis.
2. Japanese Village.
3. Mengunjungi tempat menarik. Colmar Tropicale Berjaya Hills
4. Restoran makanan antarabangsa yang menarik.
La Cigogne - Menyediakan hidangan tradisional Perancis.
Le Blason - Menyajikan makan Malaysia dan antarabangsa.
La Flamme - Menyediakan makanan Itali seperti pasta, pizza dan lain-lain.
Le Poulet Roti - Menu utama adalah ayam panggang dengan beberapa menu sampingan.
La Boulangerie - Restoran Perancis yang menyajikan berbagai menu roti dan minuman panas.
L'Orient - Restoran yang menyajikan makanan asia.
5. Penginapan dng pemandangan yang sangat menarik.

Selamat bercuti

Sailor’s Rest Resort Janda Baik Bentong Pahang

 

Sailor’s Rest menawarkan pelbagai pilihan penginapan dengan suasana yang berbeza mengikut citarasa anda. Jika anda inginkan penginapan yang simple, anda boleh memilih On-room Annex ataupun Chalet Moden, jika anda inginkan penginapan dalam suasana kampung dengan ruang balkoni yang menyajikan pemandangan taman hijau, Kampung Chalet adalah pilihannya.

 

Sekiranya anda ingin berumah di atas bot yang dikelilingi air yang tenang, bookinglah Boathouse yang ditawarkan Sailor’s Rest, dapatlah anda merasai pengalaman yang lain daripada biasa. Tak berani berumah di atas air? Anda juga boleh mendapatkan percutian unik di sini dengan cara berglamping ataupun  berglamorous camping.

Memang coollah! Tapi kalau anda ingin terus terjun ke dalam air tanpa perlu berjalan jauh dari penginapan, anda boleh memilih banglo yang ditawarkan kerana sungai terletak betul-betul bersebelahan dengannya.

 

Alamat : Lorong Dato’ Panglima, Kuala Lurah, 28750 Kampung Janda Baik
 
 
SURIA HOT SPRING BENTONG

JERAM KG MANCHIS

 

 

PELANCONGAN

D'NUR RINA CHALET AND CAMP

Percutian yang hebat tidak semestinya diluar negara atau di bandar, malah di kawasan luar bandar juga terdapat tempat percutian yang menarik. Di Kg Shafie Manchis, Bentong Pahang terletaknya D'Nur Rina Chalet and Camp. Lokasinya kira-kira 5KM dari Kg Simpang Pelangai. D'Nur Rina Chalet and Camp yang menggunakan punca air bukit semulajadi, airnya yang sungguh sejuk dan suasana yang nyaman telah menarik perhatian pengunjung yang datang ke sini.

D' Nur Rina Enterprise menyediakan kemudahan seperti chalet untuk bermalam dengan harga yang berpatutan. Kolam mandi juga disediakan sebagai salah satu taman hiburan kepada pengguna. Tapak perkhemahan disediakan kepada sesiapa yang berminat untuk berkhemah. Tempahan tapak untuk disewa hendaklah dibuat awal seminggu bagi memudahkan segala urusan.

Waktu operasi:
Isnin-ahad (termasuk cuti am) 

Jumaat (tutup)
10.00 a.m - 7.00 p.m

   

 

Air Terjun Gapoi

Penggemar alam semula jadi yang ingin menikmati keindahan air terjun bolehlah ke yang terletak di Kampung Gapoi yang mengambil masa kira-kira 20 minit pemanduan bermotor dari Kampung Simpang Pelangai. Air terjun ini tersembunyi di kawasan perkampungan orang asli. Kejernihan air anak sungai Gapoi yang cetek dan mengalir tenang mengambil masa kira-kira 10 minit perjalanan dari kawasan pintu masuk. Deruan bunyi air terjun yang kuat menandakan jarak air terjun semakin hampir. Jika takut tersesat, pertolongan penduduk kampung yang kebanyakannya adalah orang asli dapat memberi arah penunjuk.

Selain menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk berkelah dan mandi-manda, ia juga turut dijadikan tempat perkhemahan pelajar sekolah. Tapak perkhemahan pengakap Simpang Pelangai menjadikan kawasan ini sebagai salah satu kawasan perkhemahan pilihan bagi menjayakan aktiviti yang dijalankan.

Keindahan alam semula jadi yang masih terpelihara di samping kicauan burung-burung dan cengkerik mengalu-alukan kedatangan anda ke sini. Penduduk kampung juga sentiasa memastikan kebersihan sungai bagi memberi keselesaan kepada pengunjung dan ia juga merupakan sumber air utama bagi mereka. Keindahan air terjun ini diharap akan mendapat perhatian pihak berwajib untuk dikomersialkan dan menjadikan salah satu pusat rekreasi yang boleh dibanggakan di Negeri Pahang.