JUALAN SENTUHAN RAKYAT
 

Penduduk Kampung Simpang Pelangai memenuhi Jualan Sentuhan Rakyat untuk membeli pelbagai barangan keperluan harian. Jualan Sentuhan Rakyat menjual pelbagai barangan keperluan harian dengan harga lebih murah dan tapak jualan dijalankan di kawasan kampung untuk memudahkan para penduduk di kawasan pendalaman mendapatkan barangan keperluan tanpa perlu ke bandar.

  

 

CERAMAH KESEDARAN BAHAYA DADAH

Pada 21 Mac 216 Persatuan perkumpulan perempuan semenanjung(WI) telah menganjurkan satu program ceramah kesedaran bahaya dadah. Program tersebut diatas kerjasama dengan Persatuan mencegah dadah (PEMADAM) Daerah Bentong. 

 

  

PROGRAM HI- TEA WI MUKIM PELANGAI

Pada 27 Disember 2015 berakhirnya program Persatuan Perkumpulan Perempuan Semenanjung Malaysia (WI) Mukim Pelangai bagi tahun 2015. Program HI -TEA dan Jamuan akhir tahun ini diadakan di Dewan Homestay Kg Shafie. Seramai 70 orang ahli dan AJK WI Mukim Pelangai yang hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Turut hadir juga adalah AJK WI Daerah Bentong. Program ini diadakan bagi merapatkan hubungan silaturahim dan ramah mesra dikalangan ahli dan AJK WI Daerah dan Mukim Pelangai. Terdapat juga aktiviti yang menarik seperti berkarok, cabutan bertuah dan pertandingan teka kacang. Pelbagai hadiah menarik yang diberikan. Diharap pada masa akan datang dapat lagi mengadakan program seperti ini kerana program ini telah mendapat sambutan yang baik.

    

    

 

WANITA

Monopoli Wanita

Wanita Kampung Simpang Pelangai sering menyertai program dan aktiviti anjuran Persatuan Wanita. Di samping itu, mereka juga berminat mengikuti kelas masakan, kelas menjahit dan aktiviti membuat bunga daripada daun getah untuk mengisi masa lapang. Selain itu, aktiviti seperti ini juga dapat merapatkan hubungan antara wanita kampung serta menguji daya kreativiti.

Dari sudut keagamaan pula, segelintir wanita memilih untuk mengikuti kelas agama, berzanji, marhaban dan majlis bacaan Yasin. Kebiasaannya, aktiviti ini diadakan pada waktu petang di masjid atau surau yang berdekatan. Bagi melancarkan perjalanan aktiviti ini seorang ustaz bertauliah dilantik untuk mengajar agama kepada mereka. Pada musim perayaan pula, mereka akan sama-sama berkunjung ke rumah jiran tetangga dan beramah mesra sesama mereka.

Terdapat juga wanita kampung ini memilih untuk bergiat aktif dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Antaranya, mengusahakan industri pembuatan sos cili, kerepek dan biskut serta mi kuning. Mereka juga menerima bantuan dan khidmat nasihat daripada Pihak Berkuasa Pengusaha-Pengusaha Kecil (RISDA). Bantuan dan khidmat nasihat ini telah menyuntik semangat mereka untuk mengejar cita-cita menjadi usahawan kampung yang berjaya. Walaupun begitu, kebanyakan perusahaan di sini mendapat bantuan kewangan dan sokongan daripada ahli keluarga

       

  

 

 

Program mengacau Dodol dan mini sukaneka Anjuran WI Mukim Pelangai

WI telah menganjurkan program mengacau dodol dan mini sukaneka pada 1November 2015 (Ahad) yang lalu.Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Menurut Pengerusi WI, Puan Rosliza Kadir program ni diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan AJK dan ahli WI. Beliau juga berharap agar dengan adanya bermacam-macam program ini dapat menarik lebih ramai lagi ahli untuk menyertai  WI. Beliau juga merakamkan jutaan terima kasih kepada ahli dan AJK yang terlibat dan berharap agar dapat lagi mengadakan program  yang menarik dimasa akan datang.