CERAMAH AGAMA SANTAI JANJI SAMPAI
17 April 20 .18 belangsungnya ceramah agama santai janji sampai yang bertajuk "Islamkah Aku" peranan dan tanggungjawab seharian pada pencipta. Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Ebit Lew Penceramah Bebas. Ceramah ini dianjurkan oleh JKKK Kg Simpang Pelangai, Surau As Syakirin dan peniaga-peniaga simpang pelangai.
PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI ANJURAN JKKK SIMPANG PELANGAI
Pada musim cuti sekolah banyak tempat mengambil peluang untuk mengadakan program berkhatan beramai-ramai. Kini JKKK Simpang Pelangai juga mengadakan program tersebut. Seramai 70 Orang anak-anak penduduk sekitar pelangai turut serta dalam program berkhatan ini. Program ini diadakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Simpang Pelangai.
PROGRAM MENGACAU BUBUR ASYURA DI MASJID SULTAN AHMAD SHAH SIMPANG PELANGAI
Pada 3 Oktober telah berlangsungnya program mengacau bubur asyura di Masjid Sultan Ahamad Shah Simpang Pelangai. Program tersebut telah dianjurkan oleh JKKK Kg Simpang Pelangai dan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Simpang Pelangai. Bubur asyura tersebut diagihkan kepada penduduk sekitar Simpang Pelangai. Turut hadir di program tersebut adalah Penghulu Mukim Pelangai En.Nasaruddin Bin Ahmad. Program tersebut telah dijalankan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan dalam pasukan bergotong-royong.
LAWATAN JKKK SIMPANG PELANGAI DAN WI MUKIM PELANGAI KE PEJABAT MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA YB DATO' SERI LIOW TIONG LAI
Pada 25 Januari JKKK Simpang Pelangai dan Wi Mukim Pelangai membuat lawatan ke Pejabat Menteri Pengangkutan Malaysia YB Dato'Seri Liow Tiong Lai di Putrajaya. Seramai 120 Orang ke pejabat beliau. Turut mengikuti lawatan tersebut adalah penghulu mukim pelangai En.Nasaruddin Bin Ahmad.
SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT JKKK KG SIMPANG PELANGAI, KG SEMERTING DAN KG HAYAT
Pada 9 Oktober 2016 berlangsungnya hari sukan negara peringkat JKKK yang mengabungkan diantara 3 kampung yang berhampiran iaitu Kg Simpang Pelangai, Kg Semerting dan Kg Hayat. Hari Sukan Negara tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pihak penduduk kampung.
JKKK
Pelbagai Program
Setiap kampung pasti mempunyai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). JKKK berperanan dalam memastikan kestabilan dan keselamatan kampung sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Peranan JKKK merangkumi aspek pendidikan, latihan kemahiran, aktiviti kerohanian dan sivik serta kebersihan dan kesihatan penduduk.
Selain itu, JKKK kampung ini sangat aktif melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang dapat merapatkan hubungan sesama penduduk. Antara program anjuran JKKK ialah aktiviti gotong-royong ketika sambutan Maal Hijrah. Aktiviti seperti ini diadakan untuk memberi semangat baru dan memberi kesedaran kepada setiap insan tentang kepentingan hari bersejarah tersebut. Aktiviti berbentuk kerohanian juga diadakan seperti majlis berkhatan beramai-ramai, Ceramah Perdana sempena Maulidur Rasul dan Ceramah Forum Perdana “Keindahan Islam Dalam Pembangunan Ummah”. Pendekatan program ini bukan sahaja untuk menarik minat golongan dewasa tetapi merangkumi seluruh lapisan umur penduduk di sini.
Selain itu, JKKK juga berperanan dalam memantau setiap projek pembangunan yang dirancang di kampung ini berjalan dengan lancar. Mereka akan menjadi wakil penduduk untuk memohon peruntukan daripada pihak atasan bagi projek menambah-baik prasarana dan mengindahkan kawasan kampung. Hasilnya, kemudahan jalan raya berturap hampir ke setiap kawasan kampung, pintu gerbang di kawasan sempadan Pahang dan Negeri Sembilan serta lampu jalan hampir sepanjang jalan.
JKKK, Kampung Simpang Pelangai mempunyai sistem organisasi yang tersusun. Hal ini bertujuan memastikan segala urusan berjalan dengan lancar. Setiap ahlinya komited dalam setiap tugas dan sentiasa menjalankan tanggungjawab mereka dengan ikhlas. Pada Ogos 2008 sehingga kini, JKKK kampung ini diketuai oleh Mohd Yusof Haji Jalaluddin yang memainkan peranan sebagai Pengerusi yang juga Ketua Biro Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Beliau dibantu oleh Abdul Malik Rani selaku Setiausaha JKKK.