PROGRAM SEMBANG SANTAI BELIA BERSAMA AADK

20 Januari 2018 berlangsungnya program sembang santai Belia bersama AADK Daerah Bentong. Program tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan Belia kampung Simpang Pelangai. Selain sembang santai bersama AADK pihal belia juga menganjurkan beberapa aktiviti seperti sukaneka, persembahan busker belia pelangai, cabutan bertuah dan bbq.

  

KARNIVAL BELIA

Pada penghujung Mei Mini RTC Kg Shafie telah menganjurkan karnival belia. Semperna karnival tersebut terdapat beberapa pihak universiti telah menghantar pelajar beliau untuk menyertai karnival tersebut dan telah melibatkan diri untuk projek anak angkat. universiti yang terlibat adalah dari Universiti Malaysia Pahang, dan giat mara. Karnival tersebut telah diadakan selama 3 hari 2 malam.

   

 

PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP KG BUKIT GAJAH

Pada 26 Disember 2015 Kelab Rekriasi Kg Bukit Gajah telah menganjurkan pertandingan Badminton tertutup di Kompleks Belia Kg Baris. Pertandingan Bandminton tertutup ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari golongan belia kg bukit gajah. Kelab Rekriasi Kg Bukit Gajah ditubuhkan bagi menggalakkan para belia untuk beriadah, mengeratkan hubungan antara  belia dan dapat mengisi masa lapang para belia. Persatuan Rekriasi ini dipengerusikan oleh saudara Fijaiji Bin Sallehuddin. 

 

 

BELIA

Belia Integrasi Sri Pelangai

Persatuan Belia Integrasi Sri Pelangai  ditubuhkan  bertujuan untuk menjaga kebajikan belia dan memastikan belia sentiasa mengikuti aktiviti bermanfaat. Persatuan ini memupuk semangat setia kawan antara golongan belia dan merapatkan hubungan sesama insan. Mereka juga sering diundang untuk bergotong-royong dan memeriahkan majlis kahwin dan kenduri kendera.

Segelintir belia kampung ini pula cenderung untuk mengikuti kursus-kursus kemahiran seperti membaiki kenderaan, mengimpal besi, pertukangan, pembinaan dan membaik pulih rumah serta bangunan. Kursus ini berdasarkan minat mereka dalam sektor pembinaan, pertukangan dan sebagainya di samping dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

Selain itu, belia kampung ini gemar beriadah pada waktu petang dengan bermain bola sepak, sepak takraw dan badminton. Mereka juga sering berkunjung ke kampung berdekatan untuk sama-sama beriadah. Lantaran itu, hubungan mereka menjadi bertambah erat.