TELUR ITIK PELANGAI

Produk telur itik masin yang dihasilkan oleh penduduk tempatan pelangai.Pengusaha telur itik masin tersebut Noridzulhata Bin Mokhta dan isterinya. Itik beliau menghasilkan sebanyak 40,000 biji telur itik sebulan dan menghantar telur itik tersebut dipasar raya yang berhampiran dan di luar kawasan. Telur itik masin beliau telah mendapat sambutan yang tinggi. 

  

 

 

CT CAKE SHOP

 

CT Cake Shope, lebih dikenali sebagai kedai kek Mak Cu, CT Cake Shop tersebut terletak di Kg Bukit Gajah, Pelangai Bentong. CT Cake Shope menyediakan tempahan kek perkahwinan, kek hari jadi, kek pertunangan dan sebagainya. Selain itu juga CT Cake Shope juga menyediakan tempahan roti dan biskut raya. Pada musim cuti kenduri kendara di sekitar pelangai CT Cake Shop menerima banyak tempahan kek dan roti untuk kenduri kendara. Pengusaha CT Cake Shope tersebut ialah Puan Salha Bin Mohammad atau lebih dikenali sebagai Mak Cu. Beliau berumur 64 Tahun dan masih gigih untuk membuat tempahan kek. CT Cake Shop tersebut telah dibuka pada 2004 sehingga kini. Sebelum ini beliau membuat kek di rumah, tetapi setelah banyak mendapat sambutan tempahan beliau membuka sebuah kedai kek dan roti yang diberi nama CT Cake Shope.