Keselamatan pesakit merupakan perkara yang perlu dititikberatkan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Antara aspek keselamatan pesakit yang memerlukan kerjasama semua adalah berhubung keselamatan diagnosis. Ketepatan dan kecepatan diagnosis adalah asas penting dalam memastikan keselamatan pesakit serta keberkesanan rawatan.
Justeru, setiap lapisan perkhidmatan dinasihatkan untuk memainkan peranan dalam memastikan keselamatan diagnosis.