SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDi)

  1. S: Apakah peranan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)?

J: Peranan PEDi adalah sebagai Pusat Sehenti untuk;

a.menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar.

  1. masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT,mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam peniagaan e-dagang,serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital.

c.meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan        masyarakat luar bandar dan miskin bandar.

d.membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital,bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.

  1. Fokus PEDi tertumpu kepada usaha memberi penekanan kepada penjanaan pendapatan serta membantu ekonomi rakyat melalui e-dagang melalui kerjasama strategik bersama beberapa agensi kerajaan dan swasta.

f.Justeru, penekanan transformasi digital menjadi agenda utama di PEDi supaya masyarakat di luar bandar dan kawasan miskin bandar boleh memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi digital.

  1. S: Berapakah jumlah PEDi yang ada di seluruh negara ketika ini?

J: Sebanyak 873 PEDi sedia ada akan dinaik taraf dan dipergiatkan sebagai Pusat Sehenti untuk aktiviti ekonomi digital luar bandar. Setiap PEDi   dilengkapi akses perkhidmatan jalur lebar, kemudahan infrastruktur digital serta kakitangan terlatih untuk memberi perkhidmatan dan sokongan yang diperlukan oleh komuniti setempat. PEDi juga mempunyai akses kepada pelbagai aktiviti pasaran, latihan dan pemerkasaan dari pihak agensi kerajaan lain dan swasta.

 37 PEDi baharu akan dibuka pada suku pertama tahun 2022.

 Sementara sebanyak 173 PEDi akan ditubuhkan di bawah matlamat 1 Dewan Undangan Negeri (DUN) 1 PEDi. PEDi ini dijangka siap sepenuhnya dan beroperasi pada penhujung Disember 2022.

 Ini menjadikan sebanyak 1,083 PEDi beroperasi di seluruh negara.

  1. S: Apakah antara penambahbaikan yang dapat dilihat kepada PEDi?

J:Menerusi transformasi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) ini terdapat lima (5) inisiatif transformasi yang akan dilaksanakan bagi merealisasikan aspirasi pendigitalan ekonomi negara iaitu:

  1. Pertamanya, menaik taraf kepada PEDi yang akan meningkatkan aktiviti Latihan dan bimbingan bagi usahawan mikro,
  2. Keduanya, penubuhan Panel Penasihat yang terdiri dari masyarakat setempat di setiap PEDi bagi menasihatkan, merancang pelbagai program dan menarik mesyarakat setempat untuk memanfaatkan masyarakat setempat;
  3. Ketiganya, setiap PEDi akan mempunyai IKON Usahawan PEDi dari kalangan usahawan setempat yang telah berjaya yang akan membantu dan memberi inspirasi kepada usahawan mikro tempatan;
  4. Keempatnya, 600 Rakan Digital PEDi akan dilantik di 600 PEDi terpilih bagi turut membantu memberi matlumat sokongan kewangan, melatih dan membangunkan usahawan mikro PEDi; dan
  5. Kelima, program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil yang dilaksanakan hasil usaha sama bersama pelbagai agensi kerajaan dan swasta demi membantu pembangunan usahawan mikro tempatan di PEDi bagi mencapai pasaran yang lebih besar.

4.S: Apakah bentuk latihan atau kursus yang ditawarkan di PEDi?

J: Setiap PEDi menjalankan kursus-kursus dan latihan seperti: 

a.latihan ICT,

b.latihan keusahawanan,

  1. latihan multimedia,

d.e-pembelajaran,

e.latihan pemasaran, pembangunan perniagaan, pembungkusan dan modul lain yang penting bagi usahawan mikro; dan

f.program kesedaran serta penglibatan komuniti sebagai usaha ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan.

Pelbagai kursus keusahawanan bagi membantu usahawan tempatan untuk menjalankan perniagaan dalam talian yang akan disediakan oleh agensi kerajaan seperti MDEC, HRDF, MEDAC, SME Corp dan swasta seperti AEON dan Shopee. Senarai ini akan ditambah baik dengan penglibatan yang lebih dari agensi serta swasta.

  1. S: Bagaimana kita dapat memastikan objektif pembangunan PEDi dapat dicapai dengan efektif?

J: Bagi memperkukuh dan memperkemaskan lagi peranan PEDi sebagai pusat pendigitalan dan tumpuan komuniti setempat, sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Panel Penasihat PEDi diwujudkan di semua PEDi di seluruh negara. Objektif utama Panel Penasihat PEDi adalah untuk menggalak dan memberi peluang kepada pelbagai pihak berkepentingan (stakeholders) dalam kalangan komuniti setempat untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan PEDi serta menarik masyarakat setempat untuk mengguna pakai sepenuhnya perkhidmatan dan aktiviti di PEDi tersebut.

Antara tugas dan fungsi yang perlu dilaksanakan oleh Panel Penasihat/PEDi adalah membantu dalam memastikan PEDi mendapat sambutan komuniti setempat, merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti promosi, sosial dan ekonomi berkaitan PEDi. Memberi sokongan dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti dan program yang dijalankan di PEDi bagi mendapatkan maklumat berkaitan masalah-masalah sosioekonomi masyarakat setempat dan bekerjasama antara masyarakat setempat dan pihak-pihak yang terlibat dalam usaha menangani masalah tersebut. Berkolaborasi dengan NGO, kumpulan sukarelawan, persatuan dan pertubuhan dalam pelaksanaan aktiviti dan program di PEDi, serta membantu dalam penyaluran maklumatmaklumat yang tepat berkaitan aktiviti, program dan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di PEDi kepada kumpulan sasar dan masyarakat.

  1. S: Apakah peranan Rakan Digital PEDi?

J: Seramai 600 Rakan Digital PEDi akan dilantik dan ditugaskan untuk menjalankan program-program yang dianjurkan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Ini adalah tambahan tenaga kerja ke PEDi tersebut yang pada hakikinya mempunyai Pengurus dan Penolong Pengurus. 

Rakan Digital PEDi akan menjalankan pelbagai latihan, akan menjadi penasihat kepada usahawan mikro serta akan membimbing mereka ke arah ekonomi digital. Mereka turut akan membantu usahawan tersebut untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi-agensi tertentu, jika diperlukan.

7.S: Apakah peranan Ikon Usahawan PEDi? 

J:Usaha memperkasakan usahawan setempat ia akan disokong oleh Ikon Usahawan PEDi iaitu usahawan kecil dari masyarakat setempat yang telah berjaya agar dapat memberi motivasi dan menyemarakkan semangat kepada mereka yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan. 

Sebagai contoh Puan Normala di PEDi Kg. Durian Tawara, Bera, Pahang yang dikenali oleh masyarakat setempat. Ini secara langsung memberi akses untuk usahawan lain berinteraksi untuk mendalami pendekatan yang boleh memberi kejayaan kepada usaha mereka sendiri.

8.S: Apakah usaha yang akan diambil oleh PEDi untuk memperkasakan usahawan luar bandar dan miskin bandar?

J: PEDi akan menganjurkan Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil yang diterajui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama beberapa agensi Kerajaan dan swasta.

Pelbagai program keusahawanan diketengahkan bagi membantu usahawan kecil menjalankan perniagaan secara dalam talian melalui platform edagang, memahami kebolehpasaran produk, khidmat dalam strategi penjenamaan, pemasaran, pembungkusan dan sebagainya. 

Program ini bermatlamat untuk mendorong 800,000 usahawan kecil beralih kepada pendigitalan menjelang tahun 2025. 

Melalui program berkenaan, ia diharap dapat meningkatkan pengeluaran dan produktiviti yang akan menjana keuntungan, mengekalkan perniagaan serta pekerjaan sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan kepada Keluarga Malaysia.

  1. S: Apakah usaha ini dipantau?

J: Kesemua aktiviti akan dipantau impaknya. Impak adalah dari segi peningkatan pendapatan oleh usahawan mikro yang telah menjalani bimbingan dan Latihan di PEDi. 

Adalah disasarkan agar purata peningkatan usahawan mikro adalah sebanyak tidak kurang dari 30% berbanding dengan pendapatan sebelum memasuki Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil.

Melalui pemantauan yang rapi ini, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dapat bertindak tangkas bersama agensi 6 kerajaan lain serta pihak swasta untuk memperkemaskan aktiviti agar lebih mantap dan sesuai bagi usahawan mikro.

Soalan-soalan lazim ini dikemas kini pada 22 Novermber 2021 dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.                                                Sila rujuk kepada penyedia perkhidmatan masingmasing untuk mendapatkan maklumat terkini.

Disediakan oleh: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)