PROGRAM JOM SIHAT BERSAMA PUSAT INTERNET
Program : Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet
Tarikh : 22 Disember 2018
Tempat : Perkarangan Pusat Internet Simpang Pelangai
Program Jom Sihat bersama Pusat Internet telah diadakan di perkarangan Pusat Internet Simpang Pelangai. Tujuan Program tersebut diadakan adalah untuk memperkenalkan kepada komuniti bahawa Pusat Internet adalah tempat rujukan komuniti sihat.Pelbagai aktiviti yang menarik telah dianjurkan oleh Pusat Internet seperti pertandingan Artikal dan poster, pertandingan mewarna, pertandingan penyediaan aneka sandwich, pertandingan gubahan aneka ulam-ulaman , pemeriksaan kesihatan, gosok gigi beramai-ramai untuk kanak-kanak, sukaneka dan pelbagai lagi.